18 December, 2007
09 December, 2007
Revolusi
Tertarik dengan persoalan revolusi yang diperkatakan. Keadan sekarang menampakkan 2 kemungkinan:
Kalau rakyat masih sanggup "BERKORBAN" untuk BN maka rakyat akan terus redha dengan penipuan yang dibuat oleh BN serta memorandum yang dihantar BERSIH akan diabaikan, maka terus meneruslah pemimpin BN memerintah dengan rakus tanpa rasa bimbang dengan apa apa atau sesiapa sebab rakyat RELA "BERKORBAN" apa saja harta atau pun nyawa untuk pemimpin BN.Mereka bebas naikkan harga minyak, harga tol dan harga barang keperluaan serta bebas "MEROMPAK" harta rakyat sebab rakyat redha dengan mereka dan rakyat bersyukur menjadi rakyat Malaysia yang aman damai yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Rakyat yang sanggup "BERKORBAN" akan bangga dengan angkasawan pertama yang naik ke angkasa, akan bangga dengan Monsoon Cup yang sehingga sekarang menghabiskan RM750 juta duit rakyat, bangga dengan maksiat yang dibawa oleh BN, bangga dengan masjid kristal, bangga dengan WPI dan wilayah pembangunan corridor bangga dengan robohnya rumah rakyat di rimba raya dan Kg. Berembang malah bangga dengan apa saja yang dibuat BN, sebabnya rakyat sanggup "BERKORBAN" apa saja untuk BN.
Akan tetapi seandainya rakyat merasakan cukup sampai di sini pengorbanan yang diberi kepada BN, maka tunggulah bahananya sekiranya SPR atau BN enggan menerima tuntutan pilihanraya yang bersih, telus dan adil. Bercakap pasal revolosi Perancis mungkin agak jauh tetapi sejarah Presiden Marcos dan Presiden Suharto di Filipina dan
Ingatlah tuntutan BERSIH bukanlah suatu tuntutan yang sukar malah ianya logik dan semudah ABC tidak ada sebab kenapa SPR berdolak dalih mengenainya kecuali atas satu sebab iaitu ingin meneruskan penipuan pilihanraya. Jika SPR terus terusan melindungi penipuan ini maka wajarlah demokrasi ditolak rakyat dan sekiranya demokrasi ditolak maka logiknya rakyat akan pilih jalanraya dan sesungguhnya kita dalam BA menyatakan dengan setegas tegasnya bahawa kita sanggup kalah pilihanaraya berkali kali tetapi kita tak sanggup ditipu untuk kali ke 2.
Jawaban kepada soalan apakah akan berlaku revolusi sekiranya memorandum BERSIH diperap ialah bergantung kepada kuasa rakyat.
Kalau rakyat menghendakinya Inysa Allah akan berlaku revolusi dan sebaliknya sekiranya rakyat memilih untuk terus "BERKORBAN" untuk BN maka tak akan ada revolusi.
Itu saja semudah ABC.
08 December, 2007
Siapa Lagi Canggih..??
Tahun lepas sainits Rusia korek tanah sedalam 100 meter, dia orang terjumpa la kesan wayar “copper” yg berusia 1,000 tahun... dan membuat kesimpulan bahawa nenek moyang mereka ade “telephone network”... .woo best ……
Lepas tu, saintis Amerika tak puas hati, dia orang pun korek jugak, sedalam 200 meter... dia orang pulak terjumpa talian “fiber optic” lama yg dipercayai berusia 2,000 tahun... lalu membuat kesimpulan, orang US 1,000 tahun lagi advance dari org Rusia dalam komunikasi telefon yang lagi canggih dari dia orang... ..pergh canggih.....
Saintis Malaysia pulak try try gak, dia orang korek sedalam 500 meter... pastu dia orang report la, dia orang tak jumpa apa2... ..so dia orang buat kesimpulan; 5,000 tahun dahulu nenek moyang orang Melayu sudah tahu menggunakan teknologi wireless! hehehe...
bangga..bangga
Muhasabah Diri
Assalamu'alaikum, Saudara-saudariku. ..
Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini :
Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".
Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."
Atau....
Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini :
"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."
Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons
seperti ini :
"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,
Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka, silakan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"
Atau mungkin juga Anda mendengar ini :
Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan
Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."
Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap
saat!!!
Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda.
Kerana bila memanggil Allah, tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah
menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.
Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini : 24434
2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :
28443483
2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir
Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"
Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa Bil.
Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah “hunting line” yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!
Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya
Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta di ampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih di lautan"
7 Kalimah ALLAH :
1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak di sukai dan tak di ingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ..mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.
14 August, 2007
50 Tahun Kemerdekaan : Merdekakah Kita?
Tarikh keramat 31 Ogos bakal menjelma kembali. Merdeka.. Merdeka... Merdeka.... Laungan suara bakal bergema keserata pelusuk tanah air tercinta ku Malaysia. Sejarah untuk mencapai kemerdekaan telah berlalu 49 tahun yang lalu dan semuanya tertulis rapi dalam lipatan sejarah.
Tetapi timbul persoalan dibenak hati ini, adakah kita benar-benar telah merdeka dalam erti kata yang sebenar? Adakah kita benar-benar merdeka dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpelembagaan dan yang dilabelkan sebagai negara Islam Hadhari ini? Bukan untuk berfikiran negatif, tetapi sekadar persoalan yang ingin dikongsi bersama.
Makna kemerdekaan bagi setiap individu adalah berlainan dan boleh ditafsir dari pelbagai aspek dan perspektif yang pelbagai sudut. Cuba fokuskan minda kepada persoalan yang menjurus kepada aspek sosial (budaya hidup), ekonomi dan politik.
Perkataan sosial. Mengikut kamus Dewan Edisi Tiga, perkataan sosial ialah :
1. segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan: kedudukan ekonomi dan ~nya pd masa ini belum begitu kuat;
2. berkaitan dgn persahabatan, pergaulan, dan aktiviti masa lapang: kelab ~; aktiviti ~;
3. suka bergaul dan bermesra: gadis yg ~;
4. bkn hal-hal kemasyarakatan: pemimpin yg ~; perjumpaan ~ keramaian;~ demokrasi faham atau ajaran yg bertujuan membangunkan masyarakat secara damai utk mencapai masyarakat sosialis; ~ demokrat penganut atau penganjur faham sosial demokrasi;bersosial bercampur gaul (biasanya dimaksudkan antara lelaki dgn perempuan): pemuda pemudi yg pandai ~ dan menyesuaikan diri dgn kehendak-kehendak zaman; kesosialan perihal sosial: kerana perasaan ~nya, beliau selalu disukai orang dlm pergaulan.
Perkataan ekonomi pula :
1. ilmu bkn pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan: beberapa orang penuntut ~ sedang membantu Kementerian Buruh menyelidiki keadaan pengangguran sekarang ini; ahli ~ orang yg pakar dlm bidang ekonomi;
2. sistem pengendalian sumber kekayaan (kewangan, perindustrian, perdagangan, dll) sesebuah negara: langkah-langkah perlu diambil dgn segera utk mewujudkan ~ yg lebih menguntungkan rakyat jelata;
3. keadaan kekayaan atau kebendaan: pertentangan kaum pasti menghancurkan ~ negara yg maju ini;
4. bp urusan mengenai hal (perbelanjaan, penggunaan barang-barang, dll) dlm rumah tangga;
5. bp hemat, kehematan; ~ kebajikan cabang ekonomi yg memperhitungkan asas-asas ekonomi dr segi kebajikan masyarakat;~ makro makroekonomi; ~ mikro mikroekonomi; ~ pertanian cabang ekonomi mengenai pengeluaran (pembahagian dll) hasil pertanian; ~ politik cabang ekonomi yg menganalisis ekonomi berdasarkan pendekatan politik; ~ tak stabil ekonomi yg tidak tetap (pengeluarannya dll); berekonomi 1. mengerjakan sesuatu dgn berdasarkan asas-asas ekonomi; 2. berhati-hati (menggunakan wang dll), berjimat, berhemat, bercermat;berekonomikan berdasarkan sesuatu sbg sumber ekonomi: sistem politik yg berideologikan nasionalisme dan ~ kapitalisme; keekonomian 1. keadaan berekonomi; 2. bp kecermatan, kehematan; perekonomian hal atau kegiatan ekonomi.
Perkataan politiknya pula ialah :
1. = ilmu ~ ilmu (pengetahuan) bkn cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dll), ilmu siasah, ilmu kenegaraan: pentingnya pengetahuan ~ kpd setiap rakyat negara yg mengamalkan pemerintahan demokrasi sudah tidak dapat disangkal lagi;
2. segala sesuatu bkn pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dgn negara lain: dasar luar negeri kita adalah bebas tetapi menentang penjajahan dlm ~ antarabangsa; diayah ~ penyebaran pengetahuan (ajaran) politik; parti ~ pertubuhan yg bergiat dlm bidang politik; tokoh ~ ahli politik yg terkemuka (terkenal);
3. kelicikan, muslihat, tipu muslihat; berpolitik mengambil bahagian dlm politik, menjalankan (mengamalkan) politik: keadilan ~ adalah subjektif; mempolitikkan memasukkan ke dlm urusan politik, menjadikan sbg urusan politik, menjadikan (sesuatu) kelihatan ada kaitannya dgn politik: Menteri Pendidikan telah menjelaskan bahawa banyak pihak telah ~ isu-isu tersebut tanpa memahami perkara yg sebenar yg akan dijalankan oleh kerajaan; kepolitikan perihal politik; pempolitikan perbuatan mempolitikkan sesuatu perkara (isu).
09 August, 2007
Gendang Perang Sudah Berbunyi
Lawan tetap lawan. Kuat, lemah, lengkap bersenjata, berperisai, bilangan yang lebih ramai; itu semua bukan halangan utama samada menang atau kalah. Segala mungkin akan terjadi dalam dunia yang serba tidak mustahil ini. Apatah lagi dengan semangat "Malaysia Boleh". Yang utama sebaik manakah strategi yang disusun untuk mengalahkan pihak lawan yang jauh lebih cemerlang, gemilang dan terbilang? Itu persoalannya. Perjuangan yang benar itu jika tidak dirancang dengan teratur akan tewas kepada perjuangan yang bathil tetapi tersusun rapi.
Persiapan awal tidak menjanjikan kemenangan yang mutlak; cuma mungkin sedikit keselesaan di hari perlawanan. Kalah dan menang yang dulu juga bukan ukuran sejarah yang sama akan berulang kembali. Strategi yang kemas, gerakan yang teratur, senjata yang mampu menangkis serta semangat juang yang kental mampu menumbangkan gergasi sebesar mana sekalipun walaupun pada hakikatnya nampak susah.
Apa Mereka Kata? Siri II
Pembangkang sekali lagi gagal menunjukkan keupayaan bagi menyelami hati serta kehendak rakyat yang merangkumi pelbagai agama dan kaum. Dari erti kata lain kegagalan barisan pembangkang adalah kegagalan peribadi. Gagal memberi pilihan terbaik pada rakyat. Gagal memberi sandaran terbaik pada rakyat serta kegagalan melaksanakan tanggungjawab selaku pembangkang untuk rakyat. Kegagalan ini akan bertali arus yang menjadi igauan mereka pada setiap PRU (Pilihan Raya Umum).
Mungkin tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa pembangkang sebenarnya tidak mempunyai aspirasi sebenar bagi mengujudkan sebuah negara yang lebih baik, lebih harmoni atau lebih demokrasi. Keupayaan mereka hanya terbatas dan bermusim. Mereka gagal bersatu dalam banyak perkara yang melibatkan kepentingan rakyat keseluruhannya. Kepincangan ini lebih ketara lagi apabila perkara-perkara penting seperti ketuanan melayu, hak bumiputera, serta isu negara Islam gagal ditangani serta diperjelaskan dengan tepat bagi rakyat mempunyai kepercayaan penuh kepada perjuangan mereka. Mereka lebih gemar bersifat "opportunist" dalam banyak perkara tanpa memberi jawaban yang mampu menambat hati majoriti rakyat.
Perkara ini telah kerap kali diketengahkan oleh banyak pihak termasuk di dalam komen2 MT. Tetapi setiap kali teguran dibuat, pendapat ini akan disanggah kerana ianya keterlaluan bagi mereka. Itulah hakikatnya. Walau siapa pun kita, tidak kira fahaman politik ataupun agama, kita tetap rakyat Malaysia yang mempunyai hasrat dapat memberi "harapan" pada generasi akan datang.
Kemampuan pembangkang terjawab pada setiap PRU. Majoriti rakyat telah menolak perjuangan mereka yang lebih menjurus kepada politik kepartian, individu terpilih, sifat kenegerian yang tidak mempunyai aspirasi bagi kepentingan negara keseluruhanya. Mungkin pembangkang sedar keupayaan mereka, siapa lawan mereka dan siapa 'kawan' mereka. Tetapi inilah hakikat yang harus majoriti rakyat tempuhi. Setiap pilihan dibuat adalah yang terbaik buat mereka. Allahu wa'aalam.
Apa Mereka Kata? Siri I
Kalau selama ini kita BN menang secara kotor, dengan lain perkataan SPR berat sebelah, media terlalu dikawal, mahkamah tak bebas, ancaman OSA dan ISA, adakah ia benar? Jika benar bagaimana pula kejayaan PAS berpenggal-penggal di Kelantan? Adakah kita berani mengatakan SPR di Kelantan telah dibeli oleh PAS? Adakah kita mampu mengatakan PAS menang kerana undi hantu? Sejarah telah membuktikan BN pernah tewas di beberapa buah negeri. BN juga mengalami kemorosotan majoriti undi yang teruk di beberapa buah negeri yang kita semua tahu. Saya percaya BN tidak akan mengalami semua ini jika dia betul-betul main kotor.
Anda boleh kata Media di Malaysia tidak bebas. Anda tidak harus lupa bahawa media rasmi PAS (Harakah) pernah dibiarkan bebas berada di pasaran tanpa sebarang sekatan dulu. Apa yang berlaku? Fitnah berleluasa. Isu-isu sensetif dimain. Kafir mengkafir dan banyak lagi. Semua benda dalam dunia perlu dikawal. Al-Quran pun diturunkan untuk memberi panduan untuk mengawal tingkah laku manusia. Kawalan media terutama dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia amat penting. Memang wujud kawalan media untuk mengekalkan kuasa (rujuk teori Bandura) tapi sesiapa sahaja akan melakukannya ketika sedang berkuasa. BA pun pasti tak boleh janji takkan kawal media langsung jika berkuasa.
Pembangkang kalah memerintah Malaysia kerana beberapa sebab. Antara yang terpenting ialah ianya tidak mendukung aspirasi rakyat secara keseluruhan. Banyak sarjana telah menulis tentang perkara ini. Anda boleh selidiki tesis-tesis mereka; yang lebih menjurus kenapa BN terlalu unggul untuk dikalahkan.
Selama 50 tahun merdeka, pembangkang di Malaysia masih gagal memahami apa yang rakyat Malaysia secara majoriti mahukan. Formulanya bukan rahsia lagi. Selidiki kenapa BN berjaya. Ketepikan 'hal-hal skeptikal (SPR, Media, ISA, OSA dll)' dulu; hal ini sebenarnya menunjukkan pembangkang lemah - setelah 50 tahun merdeka tapi pembangkang masih gagal menyelesaikan hal-hal skeptikal tadi. Adakah pembangkang di Malaysia tidak cekap? Kenapa BN berjaya? Perhatikan komponen BN, UMNO, MCA/GERAKAN dan MIC (sekadar menyebut beberapa parti), perhatikan pula komponen BA, PAS, PKR dan DAP. Apa yang anda nampak? BN mewakili apa? BA Mewakili apa? BN mewakili kaum, dan BA pula mewakili idea.
Lihat pula kecenderungan fitrah sesuatu kaum itu secara majoriti; Melayu pentingkan ketuanan, Cina pentingkan aspek mencari kekayaan dan masyarakat India pula proses hidup - bekerja untuk hidup. UMNO muncul dengan citra ultra melayunya, ianya ada toleransi tapi tidak boleh diganggu-gugat. Imej ultra ini perlu ada pada satu kaum saja dalam sesebuah negara. Tidak boleh dua. Konflik akan wujud sekiranya ada lebih dari satu. Masyarakat Cina pula majoritinya ingin menjadi Vincent Tan. Mereka mahu kaya. Mereka sukakan duit. Tak ramai ramai yang memilih untuk menjadi Tien Chua; keluar masuk penjara/dipukul. Masyarakat India pula suka bekerja dan bekerja. Dapat bagi anak bini makan. Mereka sanggup bekerja kuat. Ketiga-tiga kaum besar di semenanjung berjaya mencapai konsesus ini di dalam BN. Inilah formula BN.
Komponen BA tidak memiliki ciri-ciri ini. PAS muncul dengan idea mewujudkan negara Islam dalam ertikata sebenarnya. Idea ini sungguh murni. Tetapi mengapa hanya berjaya di Kelantan? Sekali lagi faktor kaum muncul. Lihat sahaja taburan kaum di negeri Kelantan. Faktor pemimpin selebreti juga memainkan peranan. PAS perlu mewujudkan seribu orang Nik Aziz untuk memerintah Malaysia. Mereka tak perlukan pemimpin-pemimpin seperti Mat Sabu atau seumpama dengannya. Saya sendiri malah pemimpin-pemimpin UMNO sendiri amat mengkagumi Nik Aziz. Wajahnya jernih dan tenang. Beliau mudah tersenyum pada siapa sahaja. Mudah didekati tanpa sebarang protokol.
PKR pula dari segi perjuangannya berteraskan idea 'keadilan'. Mereka tidak memilih untuk menjadi ultra bagi sesuatu kaum. Ianya parti pelbagai kaum. Inilah punca kegagalannya. Rakyat Malaysia menolak parti sebegini. Walaupun ketika ini PKR dipimpin oleh Melayu, ianya tidak menjamin ketuanan kaum ini. Faktor Anwar pula tidak lagi membantu. Bukan kerana kes liwatnya. Saya sendiri adalah sebahagian daripada warga UMNO yang tidak mempercayai kes liwat Anwar. Dalam parti ini, sesiapa sahaja tanpa mengira kaum berpeluang untuk menjadi presiden. Katakanlah BA memenangi pilihan raya dan PKR menjadi tonggaknya, dan ketika itu Tien Chua sedang menjadi presiden PKR, mampukah orang Melayu menerima seorang Cina menjadi Perdana Menteri? Ketuanan Melayu lebur. DAP bertitik tolak daripada idea demokrasi. Suara ramai. Kenapa ia ditolak? Agenda 'Malaysia Malaysian' yang diperjuangkannya amat mencabar ketuanan Melayu. Semua kaum sama hak. Tiada lagi hak keistimewaan orang Melayu. Ramai orang Melayu terbayangkan Singapura. Apabila orang Melayu gelisah, akan wujud masalah. Bila wujud masalah orang Cina akan susah nak berniaga. Orang-orang seperti Vincent Tan susah nak cari duit. Sebab itu majoriti orang Cina sendiri menolak DAP.
Jika BA mahu menang, ikutlah formula BN. Wakili kaum. Hal idea hal kedua. Malah perlu juga disederhanakan. Perlu ada konsesus Melayu sebagai tuan. Wujudkan dua gagasan politik Malaysia yang seimbang dan praktikal disokong. Kalau tersalah sokong pun tidak banyak hal-hal dasar akan tercedera. Tak perlu menderita untuk lima tahun. PKR dan PAS perlu bergabung, jadilah parti Melayu yang memperjuangkan Islam. Tien Chua masuklah DAP dan ajaklah kaum anda mencari kekayaan di bumi bertuah ini. Parti pembangkang India yang kuat perlu diwujud. Bukan lagi parti serpihan, yang lari ketika merajuk tetapi jemput presiden parti lain merasmikan mesyuarat partinya ketika rajuknya hilang.
Kasihan rakyat Malaysia, terpaksa juga sokong BN walaupun tak suka. Hanya itulah parti yang praktikal disokong. Parti-parti pembangkang Malaysia masih di peringkat baru belajar walaupun ada diantaranya yang ditubuhkan seangkatan dengan UMNO. Tahniah dan Al-Fatihah kepada pemimpin yang terdahulu yang telah mewujudkan konsep parti Perikatan. Ianya satu-satunya formula yang sesuai untuk Malaysia.
Kuasa Politik Melayu Di Ambang Kemusnahan
Jamal Rizal Hj. Razali Dalam sebuah negara yang menggunapakai konsep demokrasi sebagai asas pemerintahan dan pentadbiran, kuasa memerintah dan mentadbir negara ditentukan melalui proses pilihanraya. Sehingga hari ini, pilihanraya adalah satu mekanisme yang paling ampuh untuk menterjemah kuasa atau hak rakyat yang diwakilkan kepada individu atau kumpulan individu yang bergabung di bawah satu parti politik tertentu untuk mentadbir negara. Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat, ialah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, diperintah dan ditadbir berdasarkan jumlah undi majoriti yang diberikan oleh rakyat kepada parti politik tertentu, yang membentuk sebuah kerajaan berdasarkan perlembagaan dan undang-undang. Simpulan bahasa berikut mungkin dapat memberi gambaran akan proses tersebut, sebagai contoh, "daripada rakyat kepada rakyat", "the people’s power", suara rakyat atau pemerintahan rakyat. Bagi mendapatkan undi yang dimiliki oleh rakyat, pihak pemerintah menerusi parti politik perlu pula memikat atau menarik minat rakyat supaya memberi undi yang seterusnya mewakilkan hak dan kuasanya di dalam pemerintahan negara. Selain daripada menarik minat, parti-parti politik tersebut mestilah mengenengahkan pemimpin yang benar-benar sukarela berkhidmat kepada rakyat yang telah memberinya undi. Sehubungan itu, jumlah pengundi adalah perkara pokok yang mesti diberi perhatian oleh parti politik yang bergantung kepada suara atau undian untuk mendapatkan hak kuasa memerintah daripada kerajaan. Jika keadaan sebaliknya yang berlaku maka, berdasarkan sistem demokrasi berparlimen, sesebuah parti politik itu tidak akan dapat membentuk sebuah kerajaan untuk mentadbir dan memerintah. Di dalam perkembangan akhir-akhir ini , orang Melayu dan UMNO khususnya perlu membuat pertimbangan dan mencari jalan supaya undi yang dimiliki oleh rakyat akan terus diberi kepada kerajaan yang mereka percaya dan yakin dapat memerintah dan mentadbir negara ini mencapai kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan. Setakat ini, setelah 50 tahun mencapai kemerdekaan, pengundi Melayu ini belum lagi mengecewakan di dalam pilihanraya, walaupun sedikit tercalar dalam pilihanraya 1999 diakibatkan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun, adakah kuasa memerintah akan terus dipegang oleh UMNO atau lebih tepat lagi, orang-orang Melayu pada masa depan? Mungkin tidak ada jawapan yang tepat, namun kita bisa meramalkan sesuatu berdasarkan gejala-gejala yang berlaku pada hari ini. Selain undi dari kaum-kaum lain, UMNO sememangnya amat berharap undi dari pengundi Melayu. Namun perlu juga dilihat betapa tidak semua pengundi Melayu akan mengundi UMNO kerana mereka juga mempunyai pilihan lain selain UMNO iaitu PAS ataupun Parti Keadilan. Selain keterbatasan pengundi Melayu, UMNO juga mula menghadapi kekurangan bekalan pengundi Melayu. Jika kita lihat situasi pada hari, paling menonjol ialah statistik daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyebut sejumlah besar warganegara yang layak mengundi masih belum mendaftar di SPR bagi membolehkan mereka memberi undi kepada parti politik untuk menjalankan kuasa memerintah dan mentadbir negara. Statistik tersebut menyebutkan terdapat seramai 4.6 juta rakyat negara ini yang layak mengundi berdasarkan undang-undang, masih belum dan tidak mendaftar. Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Rahman, daripada jumlah itu, di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dikesan hampir sejuta rakyat belum mendaftar, manakala di Johor Bharu membabitkan 170,000 individu. Setakat ini, hanya 300,000 rakyat Malaysia daripada 4.9 juta tampil mendaftar selepas pelancaran Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih peringkat pusat pada 16 April lalu. Kebanyakannya di bandar besar, sebaliknya kawasan luar bandar menunjukkan kesedaran tinggi untuk mendaftar sebagai pemilih. Keadaan ini akan menjadi semakin buruk pada setiap tahun apabila seramai 250,000 pemilih baru layak mengundi dan jika ditambah jumlah mereka yang enggan mendaftar, jumlahnya akan menjadi lebih besar. Selain itu, statistik rakyat Malaysia yang secara sukarela melucutkan kewarganegaraannya seperti yang diulas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini, juga sepatutnya mendatangkan kebimbangan kepada orang-orang Melayu. Kita boleh membuat pelbagai tafsiran, kajian dan kesimpulan daripada angka-angka tersebut. Satu perkara yang pasti ialah, sebagai orang Melayu, kita perlu membuat introspeksi atau muhasabah diri dengan lebih konstruktif lagi. Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengulas mengenai statistik rakyat Malaysia yang telah melucutkan atau memulangkan hak kewarganegaraan mereka kepada kerajaan Malaysia, beliau turut mengingatkan kepada individu tersebut bahawa mereka tidak akan dibenarkan untuk memohon semula kewargnegaraan Malaysia. Di dalam nada yang tegas itu, kita dapat rasakan kekecewaan, kesedihan dan pada masa yang sama kebimbangan wujud di dalam diri beliau. Seramai 106,000 orang telah direkodkan secara sukarela melucutkan kewarganegaraan mereka. Seramai 79,199 terdiri daripada kaum Melayu, 25,107 kaum Cina, kaum India pula 1,347 dan 350 terdiri daripada kaum-kaum lain. Sebanyak 70% daripada jumlah tersebut adalah orang-orang Melayu, dan dikatakan juga wanita mengatasi lelaki daripada jumlah individu yang menyerahkan atau melucutkan hak kewarganegaraan mereka. Perumah baru pilihan mereka ialah Singapura, Amerika Syarikat, Australia dan Indonesia. Selain itu, ramai pengundi Melayu yang tersadai di pusat-pusat Serenti yang tumbuh seperti cawan selepas hujan. Jumlahnya boleh dikatakan mengatasi jumlah institusi pengajian tinggi yang ada di negara ini. Bayangkan, jumlah keseluruhannya ialah 27 buah dan bagi negeri Pahang sahaja jumlahnya enam buah iaitu di Raub (2), Karak, Jerantut, Benta dan Gambang. Jika kita membuat pengiraan mudah, iaitu di setiap pusat serenti dihuni oleh 100 penagih yang terdiri daripada pengundi Melayu, jumlah keseluruhannya sudah menjangkau 2,700 orang. Jika jumlah ini diterjemahkan sebagai kuasa undi orang Melayu di dalam pilihanraya, ia mungkin menjadi suara atau undi majoriti bagi sesebuah kawasan DUN atau parlimen. Begitu juga dengan anak-anak Melayu yang layak mengundi tetapi merempit di jalan-jalan raya berlumba haram. Kebanyakannya terlibat di dalam kemalangan dan mengalami kecacatan kekal. Biasanya mereka ini tidak lagi mempedulikan soal hak dan tanggungjawab sebagai pengundi, apatah lagi keadaan fizikal sudah tidak mengizinkan untuk bergerak cergas seperti sediakala. Selain itu, simptom-simptom tidak peduli akan negara sendiri mula menyebar di kalangan orang-orang Melayu dengan pantas sekali. Mereka tidak peduli lagi dengan peristiwa-peristiwa bersejarah di negara ini. Mereka tidak lagi kenal tokoh atau pejuang tanahair. Mereka tidak dapat mentafsir pengajaran yang bisa diperoleh daripada peristiwa 13 Mei 1969, malah mereka tidak mampu menyebut rukun-rukun yang ada di dalam Rukun Negara. Keadaan ini memperlihatkan bahawa, mereka tidak mempunyai kepekaan terhadap negara, dan mereka sering mempersoal tanggungjawab dan apa yang perlu negara berikan kepada mereka. Sepatutnya, negaralah yang ini perlu bertanya kepada golongan ini mengenai sumbangan mereka kepada negara seperti yang disebutkan oleh JF Kennedy dalam frasa yang sangat terkenal ini, "Jangan ditanya apa yang negara akan berikan kepadamu, tapi apakah yang boleh kamu sumbangkan kepada negara". Ataupun, sikap tidak mahu belajar dan menghayati aspirasi negara juga menjadi pencetus kepada ketidakpedulian ini. Sebagai contoh, sikap tidak mahu memahami dan menghayati semangat DEB yang diperkenalkan oleh kabinet Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang berfokus kepada penyusunan sturktur masyarakat Malaysia melalui pembangunan ekonomi serta pendidikan secara menyeluruh tanpa mengira kaum. Kebanyakan anak muda kita melihat DEB ini daripada sudut yang dangkal serta cetek dengan hujah lapuk yang mengatakan bahawa wujud diskriminasi kaum di dalam pelaksanaan DEB ini. Begitu juga dengan kewujudan dan konsensus di dalam Kontrak Sosial yang dipersetujui oleh para pemimpin terdahulu sebagai asas kewujudan sebuah negara bangsa Malaysia atau Persekutuan Tanah Melayu semasa rundingan kemerdekaan. Biarpun sebenarnya kita boleh katakan bahawa kontrak ini telahpun wujud sejak Melaka dibuka oleh Parameswara hampir 700 tahun dahulu lagi. Buktinya sangat jelas apabila wujudnya pelbagai kaum yang bisa hidup aman damai di Kota Melaka, sehinggakan ada kumpulan atau kaum tertentu yang berasimilasi dan menetap di negara ini sehingga sekarang. Namun, semua ini seolah-olah tidak mampu menjadi bukti nyata dan rasional kenapa di Malaysia kita harus hidup di dalam acuan kita sendiri. Acuan kita berasaskan kontrak sosial yang dipersetujui atas konsep "menang-menang" atau seperti yang disebutkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri iaitu, "yang menang tidak dapat semua, dan yang kalah tidak hilang semua". Atau dengan kata lain, orang Melayu telah memberikan bahagian-bahagian tertentu kepada kaum lain yang ada di Malaysia ini agar mereka juga bisa hidup di negara ini. Sebagai balasannya, kaum lain harus pula mengiktiraf dan menerima bahagian-bahagian tertentu yang hanya diberikan kepada orang-orang Melayu atas jasa baik mereka membenarkan kaum-kaum lain hidup bersama orang-orang Melayu di negara ini. Ketidakpedulian ini mungkin juga berlaku akibat penekanan dan penguatkuasaan yang tidak tekal. Maksud di sini ialah, penekanan dan penerapan yang semakin longgar terhadap nilai-nilai kenegaraan. Sebagai contoh, penglibatan proses pengajaran dan pembelajaran di isntitusi-institusi pendidikan. Kita sering melihat, terdapat pihak-pihak yang sering mengabaikan atau sengaja menidakkan peranan kursus atau matapelajaran yang menyemai nilai-nilai kenegaraan ini daripada dimasukkan ke dalam struktur kurikulumnya. Alasan klise yang sering diberi ialah, bidang ini sudah diajarkan sejak sekolah rendah atau, bidang seperti ini tidak kritikal, atau bidang ini hanya menambah beban pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Sedangkan, inilah salah satu peluang terbaik yang wajar dimanfaatkan oleh anak-anak muda Melayu ini untuk mengasah dan mempertajam kefahaman dan penghayatan mereka akan sejarah bangsa dan negara mereka. Kita tidak mahu, anak-anak Melayu generasi cerdas ini kehilangan identiti mereka walaupun sudah berjaya menjawat jawatan besar, tinggal di luar negara, atau menjadi konglomerat bertaraf taikun. Kita mahu mereka ini kekal sebagai anak Melayu yang akan membalas semula jasa negara yang telah memberikan banyak kemudahan kepada mereka. Daripada fakta yang dibincangkan tadi, ternyata gejala-gejala yang menjurus kepada pengurangan jumlah pengundi Melayu semakin ketara dan menonjol. Ia juga merupakan indikator bahawa satu bala bencana yang maha dahsyat akan menimpa ketuanan Melayu di negara ini. Mungkin pendapat ini agak keterlaluan, namun tidak ada salahnya untuk kita menjadikannya sebagai batu asas untuk mula merenung dan berfikir secara lebih teliti untuk menganalisis dan mencari jalan penyelesaiannya. Kejadian-kejadian yang menakutkan seperti pelucutan kewarganegaraan secara sukarela, ketidakpedulian akan aspek-aspek kenegaraan dan tabiat buruk tidak mahu mendaftar sebagai pemilih di dalam pilihanraya merupakan batu tanda kepada pengurangan daya undi orang-orang Melayu di dalam pilihanraya. Kekurangan undi bermakna kekurangan kerusi, yang memberi peringatan kepada kita bahawa kekurangan kerusi bermakna kekurangan kuasa untuk memerintah negara ini. Jumlah pengundi yang semakin berkurangan akan menyebabkan parti politik milik dan yang memperjuangkan survival orang Melayu akan semakin lemah tidak berdaya. Sudah cukup lama terjajah. Tak salah jika dikatakan bahawa, kuasa politik Melayu semakin terhakis. Justeru, sesuatu harus dilakukan. Penulis Adalah Pengarah Pusat Perkhidmatan Akademik Universiti Malaysia Pahang |