09 December, 2007

Revolusi


Tertarik dengan persoalan revolusi yang diperkatakan. Keadan sekarang menampakkan 2 kemungkinan:

Kalau rakyat masih sanggup "BERKORBAN" untuk BN maka rakyat akan terus redha dengan penipuan yang dibuat oleh BN serta memorandum yang dihantar BERSIH akan diabaikan, maka terus meneruslah pemimpin BN memerintah dengan rakus tanpa rasa bimbang dengan apa apa atau sesiapa sebab rakyat RELA "BERKORBAN" apa saja harta atau pun nyawa untuk pemimpin BN.Mereka bebas naikkan harga minyak, harga tol dan harga barang keperluaan serta bebas "MEROMPAK" harta rakyat sebab rakyat redha dengan mereka dan rakyat bersyukur menjadi rakyat Malaysia yang aman damai yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Rakyat yang sanggup "BERKORBAN" akan bangga dengan angkasawan pertama yang naik ke angkasa, akan bangga dengan Monsoon Cup yang sehingga sekarang menghabiskan RM750 juta duit rakyat, bangga dengan maksiat yang dibawa oleh BN, bangga dengan masjid kristal, bangga dengan WPI dan wilayah pembangunan corridor bangga dengan robohnya rumah rakyat di rimba raya dan Kg. Berembang malah bangga dengan apa saja yang dibuat BN, sebabnya rakyat sanggup "BERKORBAN" apa saja untuk BN.

Akan tetapi seandainya rakyat merasakan cukup sampai di sini pengorbanan yang diberi kepada BN, maka tunggulah bahananya sekiranya SPR atau BN enggan menerima tuntutan pilihanraya yang bersih, telus dan adil. Bercakap pasal revolosi Perancis mungkin agak jauh tetapi sejarah Presiden Marcos dan Presiden Suharto di Filipina dan Indonesia mungkin lebih munasabah. Presiden Marcos jatuh pada ketika dia menang besar pilihanraya sambil Suharto tumbang pada ketika dia menguasai Parlimen Indonesia. Jadi tidak mustahil sekiranya rakyat mengambil keputusan "CUKUP SAMPAI DISINI BN", maka gelombang kebangkitan ini tidak mampu dibendung dengan apa cara sekalipun. POLIS yang mungkin kehabisan stok gas pemedih mata dan air berasid, ISA TIDAK LAGI MENJADI SENJATA YANG BERKESAN dan apa lagi yang tinggal dengan BN?

Ingatlah tuntutan BERSIH bukanlah suatu tuntutan yang sukar malah ianya logik dan semudah ABC tidak ada sebab kenapa SPR berdolak dalih mengenainya kecuali atas satu sebab iaitu ingin meneruskan penipuan pilihanraya. Jika SPR terus terusan melindungi penipuan ini maka wajarlah demokrasi ditolak rakyat dan sekiranya demokrasi ditolak maka logiknya rakyat akan pilih jalanraya dan sesungguhnya kita dalam BA menyatakan dengan setegas tegasnya bahawa kita sanggup kalah pilihanaraya berkali kali tetapi kita tak sanggup ditipu untuk kali ke 2.

Jawaban kepada soalan apakah akan berlaku revolusi sekiranya memorandum BERSIH diperap ialah bergantung kepada kuasa rakyat.
Kalau rakyat menghendakinya Inysa Allah akan berlaku revolusi dan sebaliknya sekiranya rakyat memilih untuk terus "BERKORBAN" untuk BN maka tak akan ada revolusi.

Itu saja semudah ABC. Malaysia Boleh!!!...